Friday 18 May 2018

Resepi Nasi Lemak Kukus Ayam Goreng Berempah

Resepi Mamak
Resepi Nasi Lemak Kukus Ayam Goreng Berempah

kongsiresepimamak.com – Assalamuallaikum and salam sejahtera kawan and rakan cantik. Semoga rakan and kawan sihat selalu. Jumpa kembali bersama saya kat blog kesayangan kita ni. Takde kata lain selain berkongsi kat blog ni kerana memang berkongsi tu senang. Oke kali ni saya nak izin berkongsi resepi nasi lemak kukus ayam goreng berempah sedap and menyelerakan sangat. Resepi nasi lemak kukus ayam goreng berempah ialah resepi yang dihidang bersama antara nasi lemak kukus and ayam goreng berempah.

Kerana sedap ada pulak master chef yang cuba try ialah resepi ayam goreng berempah chef wan, resepi nasi lemak simple, ayam goreng berempah simple and etc. Memang sedap sangat nasi lemak tu so kawan try at home yer. Kalau nak try sila tengok bahan bahan yang diperlukan seperti bawah ni. Lepas sume bahan yang diperlukan sedia kawan langsung sahaja masak dengan semak cara cara membuat resepi nasi lemak kukus ayam goreng berempah sedap and menyelerakan ni. Jom semak resepi nya.

Resepi Nasi Lemak Kukus Ayam Goreng Berempah Sedap Best

Resepi Nasi Lemak Kukus Ayam Goreng Berempah

Bahan Nasi 

  • 5 cawan beras
  • Santan pekat
  • 3 helai daun pandan
  • Sedikit Garam
  • Daun pisang

Bahan Sambal 

  • 2 Mangkuk kecik ikan bilis (Siap kopek & basuh)
  • 1 biji bawang bombay (Di blend)
  • 5 sudu cili giling
  • 8-10 bawang merah (Dihiris)
  • 1 Inci belacan bakar
  • 1/2 sudu gula
  • 100ml air asam jawa
  • Sedikit minyak
  • Sedikit garam

Bahan Ayam 

  • 1 ekor ayam (Potong 8)
  • 1 biji telur
  • 2 inci halia**
  • 2 biji bawang besar**
  • 6 ulas bawang putih**
  • 7 batang serai**
  • 1 1/2 sudu besar ketumbar (disangai dan ditumbuk)
  • 1 1/2 sudu besar jintan manis (disangai dan ditumbuk)
  • 2 tangkai daun kari
  • 1 sudu gula
  • 3 sudu kecil garam
  • 1 sudu besar cili kisar
  • 3 sudu besar tepung jagung
  • 2 sudu besar rempah kari ayam
  • sedikit kunyit

Resepi lain : Resepi Nasi Goreng Tom Yam Sedap and Simple

Bahan Sampingan

  • 100g kacang tanah
  • 4 biji telur rebus
  • 1 biji timun

Cara-cara Nasi 

  1. Basuh dan rendam beras selama lebih kurang 2-3 jam. Didihkan air dalam pengukus. lapikkan dengan daun pisang dan di buat lubang halus.(jangan besar, nanti beras terkeluar). Kukus beras selama 20 minit atau beras separuh masak(kelihatan kering).
  2. Keluarkan beras dari pengukus dan rendam dengan air sehingga air rendaman sejuk. Setelah itu kukus semula beras tadi lebih kurang 10 minit. Keluarkan beras tadi dan gaul bersama santan yang telah dicampur garam. Biar seketika atau 10 minit supaya santan menyerap masuk ke dalam beras.
  3. Akhir sekali, kukus sekali lagi nasi bersama daun pandan hingga nasi masak, kelihatan berderai dan cantik dan proses ni ambil masa 15-30 minit.

Cara cara Ayam 

  1. Bersihkan ayam. Semua bahan yang bertanda ** dikisar dengan sedikit air. kisar hingga serai hancur. kemudian tumbuk ketumbar, jintan dan kunyit hingga hancur.
  2. Satukan semuanya bahan rempah. telur, daun kari dan tepung jagung serta serbuk kari. Tambah garam dan sedikit gula. Gaul ayam bersama aduan dan perap selama 1 jam (Lagi lama perap, lagi sedap).
  3. Panaskan minyak dengan api sederhana. (Pastikan minyak banyak supaya goreng sekata). Masukkan ayam dan goreng sehingga masak dan warna keperangan.
  4. Toskan dan diletakkan ke dalam pinggan.
  5. Panaskan minyak didalam kuali, goreng ikan bilis sehingga garing. Toskan apabila masak. Dengan menggunakan minyak yang sama, tumis cili giling bersama-sama belacan dan bawang blend sehingga cili giling itu masak. Masukkan bawang yang dihiris bersama air asam jawa dan masak seketika. Letakkan sedikit gula dan garam untuk menambah rasa. Akhir sekali, masukkan ikan bilis dan gaul sekata sehingga masak dan pekat.
  6. Resepi nasi lemak kukus ayam goreng berempah siap dihidang untuk santap makan.

source : fidanie

Memang sedap terbaik resepi nasi lemak kukus ayam goreng berempah ni. Cara cara membuat nya pon sikik perlu waktu mulai dari perap ayam and hidang sambal. But saya yakin rakan and kawan cantik pasti berjaya try resepi ni at home. Lepas berjaya pasti rakan and kawan cantik hujan pujian from hubby. Maybe till peroleh reward traveling or new kitcen tools. hahaha. Oke sekain kongsi resepi nasi lemak kukus ayam goreng berempah sedap and menyelerakan ni. Semoga resepi ni berfaedah and selamat mencube rakan and kawan cantik :3

Resepi lain : Resepi Nasi Minyak Kelantan Sedap Best

Resepi Nasi Lemak Kukus Ayam Goreng Berempah
Admin



from Kongsi Resepi Mamak https://ift.tt/2rTlX7L
Blogger
Disqus
Pilih Sistem Komentar Yang Anda Sukai

No comments