Thursday 10 May 2018

Resepi Mee Kolok Cina Sedap and Menyelerakan

Resepi Mamak
Resepi Mee Kolok Cina Sedap and Menyelerakan

kongsiresepimamak.com – Assalamuallaikum and salam sejahtera bonda cantik and terbaik. Semoga sume bisnes bonda berjaya and peroleh banyak rezeki berganda dari perniagaan. Aamiin. Kali ni saya nak izin berkongsi resepi mee kolok cina yang sedap and lazat. Resepi mee kolok cina ialah satu diantara resepi lain yang famous kerana sedap and lazat nya. Resepi mee kolok ni banyak variannya seperti mee kolok sedap di kuching, mee kolok sarawak kuching sarawak malaysia, kolo mee recipe brunei and etc. Kesemua resepi tu ada kat blog ni so guna sahaja pencarian kat blog ni untuk peroleh resepi yang bonda gemar. Oke kalau nak try this resepi bonda sedia bahan bahan seperti resepi bawah ni yer. Lepas buy sume bahan at market bonda semak cara cara membuat resepi mee kolok cina sedap ni. Oke jom semak resepi nya.

Resepi Mee Kolok Cina Sedap and Menyelerakan

Resepi Mee Kolok Cina

Bahan-bahan :

  • 300 g mi kolok (kalau tak ada, boleh guna mana-mana je non-fried noodles atau instant mee)
  • 1 sudu besar perencah sup
  • 200 g daging lembu
  • air secukupnya
  • sedikit garam
  • 7 ulas bawang putih (dicincang)
  • 8-10 biji cili api
  • 1 sudu kecil serbuk lada hitam
  • minyak masak secukupnya
  • 5 sudu besar kicap manis
  • 1 sudu besar kicap pekat
  • 3 biji limau kasturi (ambil jusnya)
  • daun bawang dan daun sup (dihiris)
  • 1 sudu kecil sos ikan / sos soya
  • 1 sudu makan cuka

Resepi lain : Resepi Nasi Minyak Beras Biasa tapi Sedap Giler

Cara-cara Membuat

  • SUP – Rebus daging bersama perencah sup, garam dan air secukupnya. Rebus sampai empuk. Setelah masak, toskan daging dan hiriskan nipis-nipis. Ketepikan kuah/supnya (boleh dipanaskan semula dan tambahkan sedikit air jika berkurangan).
  • MEE – Rebuskan mee bersama sedikit garam sehingga lembut. Keluarkan dan toskan. Panaskan sedikit minyak masak di dalam kuali. Goreng bawang putih sehingga garing. Keluarkan. Masukkan pula mi yang telah ditoskan ke dalam kuali dan goreng sebentar menggunakan minyak bekas bawang tadi. Perasakan dengan cuka, sos ikan / sos soya dan sedikit garam. Keluarkan dan ketepikan.Di dalam kuali yang sama, panaskan sedikit minyak dan goreng daging yang telah dihiris tadi. Masukkan kicap pekat, kicap manis, serbuk lada hitam dan garam. Kacau rata-rata. Keluarkan.
  • SAMBAL – Tumbuk/kisar cili api dgn 1 ulas bawang putih hingga lumat. Kemudian gaulkan bersama kicap manis dan perahan jus limau kasturi. (kalau x ada kicap manis, boleh guna kicap masin dan tambah sedikit gula)

Cara-cara Penyediaan

  1. Sediakan pinggan hidangan. Masukkan mi, tuangkan sambal kicap sedikit dan gaulkan.
  2. Kemudian taburkan daging, bawang putih yang telah digoreng garing dan hiaskan dengan daun bawang.
  3. Sediakan juga semangkuk sup yang ditabur dengan daun sup untuk kuahnya.

Tips

  • Kalau nak memeriahkan lagi suasana mee ni, jika suka boleh juga dicampurkan dengan tauge/sawi/fishball/fishcake/crabstick/prawns/isi ayam dsb (tapi rebus/celur dulu ye)

source : dayangjack

Sedap terbaik memang resepi mee kolok cina ni. Resepi ni elok dihidang saat hujan so menjadikan hangat pada badan. Boleh pulak sedia saat makan petang supaya hangat lepas keje seharian. Oke sekian kongsi resepi mee kolok cina sedap ni. Semoga resepi ni berfaedah and selamat mencube bonda cantik :3

Resepi lain : Resepi Mee Kicap Ipoh So Delicious

Resepi Mee Kolok Cina Sedap and Menyelerakan
Admin



from Kongsi Resepi Mamak https://ift.tt/2G47Sto
Blogger
Disqus
Pilih Sistem Komentar Yang Anda Sukai

No comments